Sunday, 13 November 2011

KATA GANTI NAMA
Ø  Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kepada kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada lima golongan kecil,iaitu:
§  Kata ganti nama diri
§  Kata ganti nama tempat
§  Kata ganti nama tunjuk
§  Kata ganti nama Tanya
§  Kata ganti nama tak tentu
Kata Ganti Nama
Penggunaan
Contoh Ayat
Aku
Menggantikan diri orang yang bercakap dengan kenalan yang sangat rapat.
Aku akan ke rumah Siti petang ini.
Saya
Merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan baru atau dalam suasana yang rasmi
Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang.

Patik
Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan sultan atau raja.
Patik akan menjalankan titah perintah tuanku,” kata Hang Tuah.

Beta
Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.
Beta mahu semua rakyat beta hidup bahagia.” Titah sultan.

Hamba
Merujuk kepada diri orang yang berhadapan dengan tuannya pada zaman dahulu
Hamba berjanji  tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi,” kata orang tua itu kepada tuannya.

Kita
Merujuk kepada diri orang yang bercakap serta orang yang mendengarnya.
Kita mesti menghadapai masalah itu dengan tabah,” kata Ali kepada Tan.

Kami
Merujuk kepada diri dan teman apabila bercakap dengan orang lain.
Kami diarahkan oleh Guru Besar untuk membersihkan padang ini,” Kata Ahmad dan Selva kepada Chong.



 LATIHAN:

No comments:

Post a Comment