Wednesday 30 November 2011
Kata Tanya Tahun 3
Kata Tanya
Kata Tanya | Contoh ayat |
Siapa | ~Siapakah nama murid baru itu? |
Apa | ~Apakah benda-benda yang tersimpan di dalam almari itu? |
Bila | ~ Bilakah dia menerima surat itu? |
Di mana | ~Di mana letaknya rumah Ali? |
Berapa | ~Berapakah harga kasut sukan itu? |
Mengapa | ~Mengapakah kamu asyik berbisu sahaja? |
Bagaimana | ~Bagaimanakah cara membuat latihan itu? |
Tuesday 29 November 2011
Murid- murid,marilah kita bersama-sama menyanyi。。。。
Anak muridku, hari ini marilah kita bersama-sama menyanyikan dua buah lagu yang menarik!!!!!
1) ikan kekek
2) Burung kakak tua
1) ikan kekek
2) Burung kakak tua
Sunday 13 November 2011
KATA GANTI NAMA
Ø Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kepada kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada lima golongan kecil,iaitu:
§ Kata ganti nama diri
§ Kata ganti nama tempat
§ Kata ganti nama tunjuk
§ Kata ganti nama Tanya
§ Kata ganti nama tak tentu
Kata Ganti Nama | Penggunaan | Contoh Ayat |
Aku | Menggantikan diri orang yang bercakap dengan kenalan yang sangat rapat. | Aku akan ke rumah Siti petang ini. |
Saya | Merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan baru atau dalam suasana yang rasmi | Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang. |
Patik | Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan sultan atau raja. | “Patik akan menjalankan titah perintah tuanku,” kata Hang Tuah. |
Beta | Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat. | “Beta mahu semua rakyat beta hidup bahagia.” Titah sultan. |
Hamba | Merujuk kepada diri orang yang berhadapan dengan tuannya pada zaman dahulu | “Hamba berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi,” kata orang tua itu kepada tuannya. |
Kita | Merujuk kepada diri orang yang bercakap serta orang yang mendengarnya. | “ Kita mesti menghadapai masalah itu dengan tabah,” kata Ali kepada Tan. |
Kami | Merujuk kepada diri dan teman apabila bercakap dengan orang lain. | “Kami diarahkan oleh Guru Besar untuk membersihkan padang ini,” Kata Ahmad dan Selva kepada Chong. |
LATIHAN:
Saturday 12 November 2011
SIMPULAN BAHASA TAHUN 3
SIMPULAN BAHASA
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, aktiviti-aktiviti dalam sesi ini dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya. Ini adalah kerana penggunaan ICT iaitu klip video telah berjaya menarik minat semua murid tahun 3 dalam kelas untuk melibatkan diri secara aktif sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, objektif tercapai, kelas dalam keadaan juga terkawal.
Friday 11 November 2011
BAHASA MELAYU TAHUN 3
(KATA ARAH)
(KATA ARAH)
- kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau arah.
JENIS KATA ARAH | CONTOH AYAT |
Atas | Buku itu terletak di atas meja. |
Antara | Antara tiga buah buku cerita itu, saya memilih judul “Harry Potter”. |
Dalam | Emak menyimpan tuala di dalam almari. |
Penjuru | Pengemis itu duduk di penjuru bangunan. |
Tengah | Pengadil itu berdiri di tengah padang. |
Monday 3 October 2011
riAng RiA Di KeLAs
Hari ini, saya telah mengajar murid-murid kelas saya membuat hasiltangan"Ulat Bulu".
Anak murid kesayangan saya sangat seronok semasa proses membuat ulat bulu. Ini adalah kerana aktiviti sebegini merupakna aktiviti yang baru bagi mereka selepas peperiksaan UPSR dan ia juga lebih menarik daripada P &P.
Dalam kelas saya murid-murid terdiri daripada berbilang kaum. Manakala, saya berasa sangat gembira kerana dalam proses membuat hasiltangan ini, murid-murid saya dapat menunjukkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengira kaum.
Saya berharap murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam P&P yang seterusnya.
post by: MeI cHiNg
Anak murid kesayangan saya sangat seronok semasa proses membuat ulat bulu. Ini adalah kerana aktiviti sebegini merupakna aktiviti yang baru bagi mereka selepas peperiksaan UPSR dan ia juga lebih menarik daripada P &P.
Dalam kelas saya murid-murid terdiri daripada berbilang kaum. Manakala, saya berasa sangat gembira kerana dalam proses membuat hasiltangan ini, murid-murid saya dapat menunjukkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengira kaum.
Saya berharap murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam P&P yang seterusnya.
post by: MeI cHiNg
Subscribe to:
Posts (Atom)