Wednesday 30 November 2011

cerita sang kancil dan gong

Kata Tanya Tahun 3

Kata Tanya
Kata TanyaContoh  ayat
Siapa~Siapakah nama murid baru itu?
Apa~Apakah benda-benda yang  tersimpan di dalam almari itu?
Bila~ Bilakah dia menerima surat    itu?
Di mana ~Di mana letaknya rumah Ali?
Berapa~Berapakah harga kasut sukan itu?
Mengapa~Mengapakah kamu asyik berbisu sahaja?
Bagaimana~Bagaimanakah cara membuat latihan itu?

Tuesday 29 November 2011

Murid- murid,marilah kita bersama-sama menyanyi。。。。

Anak muridku, hari ini marilah kita bersama-sama menyanyikan dua buah lagu yang menarik!!!!!
1) ikan kekek
2) Burung kakak tua

Sunday 13 November 2011

KATA GANTI NAMA
Ø  Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kepada kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada lima golongan kecil,iaitu:
§  Kata ganti nama diri
§  Kata ganti nama tempat
§  Kata ganti nama tunjuk
§  Kata ganti nama Tanya
§  Kata ganti nama tak tentu
Kata Ganti Nama
Penggunaan
Contoh Ayat
Aku
Menggantikan diri orang yang bercakap dengan kenalan yang sangat rapat.
Aku akan ke rumah Siti petang ini.
Saya
Merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan baru atau dalam suasana yang rasmi
Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang.

Patik
Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan sultan atau raja.
Patik akan menjalankan titah perintah tuanku,” kata Hang Tuah.

Beta
Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.
Beta mahu semua rakyat beta hidup bahagia.” Titah sultan.

Hamba
Merujuk kepada diri orang yang berhadapan dengan tuannya pada zaman dahulu
Hamba berjanji  tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi,” kata orang tua itu kepada tuannya.

Kita
Merujuk kepada diri orang yang bercakap serta orang yang mendengarnya.
Kita mesti menghadapai masalah itu dengan tabah,” kata Ali kepada Tan.

Kami
Merujuk kepada diri dan teman apabila bercakap dengan orang lain.
Kami diarahkan oleh Guru Besar untuk membersihkan padang ini,” Kata Ahmad dan Selva kepada Chong.



 LATIHAN:

Saturday 12 November 2011

SIMPULAN BAHASA TAHUN 3

SIMPULAN BAHASA
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, aktiviti-aktiviti dalam sesi ini dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya.  Ini adalah kerana penggunaan ICT iaitu klip video telah berjaya menarik minat semua murid tahun 3 dalam kelas untuk melibatkan diri secara aktif sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.  Justeru itu, objektif tercapai, kelas dalam keadaan juga terkawal.

Friday 11 November 2011

BAHASA MELAYU TAHUN 3
(KATA ARAH)
  • kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau arah.
JENIS KATA ARAH
CONTOH AYAT
Atas

Buku itu terletak di atas meja.

Antara

Antara tiga buah buku cerita itu, saya memilih judul “Harry Potter”.

Dalam

Emak menyimpan tuala di dalam almari.

Penjuru
Pengemis itu duduk di penjuru bangunan.

Tengah

Pengadil itu berdiri di tengah padang.